Mendiang Karam Singh Walia.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi menzahirkan ucapan takziah atas pemergian wartawan penyiaran legenda, Karam Singh Walia yang meninggal dunia hari ini sambil menyifatkan kehilangan itu sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan negara.

Menurut Datuk Fahmi Fadzil, pemergian mendiang meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja dalam bidang penyiaran, malah kepada rakyat Malaysia yang mengikuti laporan beliau yang berinformasi dan penuh dedikasi.

“Sesiapa sahaja yang menonton Buletin TV3, khususnya dari era 90-an hingga sekitar tahun 2014, pasti cukup mengenali penampilan beliau yang begitu sinonim dengan pantun yang mengakhiri setiap laporan, satu identiti unik yang kekal di ingatan ramai.

“Saya juga antara yang setia mengikuti laporan beliau dan amat menghargai dedikasi serta sumbangannya kepada dunia penyiaran,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang termasuk Jasbant Singh yang kini merupakan Pengarang Urusan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima.

Beliau turut menekankan sumbangan besar mendiang dalam memperkasa bidang penyiaran serta laporan berkaitan alam sekitar di negara ini.

Terdahulu, media melaporkan bekas wartawan penyiaran TV3 itu meninggal dunia pukul 3.30 pagi tadi di kediamannya di Klang, Selangor.

Mendiang yang merupakan wartawan penyiaran di TV3 sehingga bersara pada 2014 dan terkenal sebagai seorang yang lantang dalam melaporkan isu-isu alam sekitar.

Dengan kefasihan berbahasa Melayu, Karam Singh juga terkenal dengan gaya pelaporan yang menarik termasuk berpantun. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: 

Karam Singh Walia meninggal dunia

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast