Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berpandangan kerajaan mungkin boleh melihat formula yang digunakan oleh kerajaan Thailand untuk menentukan harga minyak.

Menurut beliau, kerajaan Thailand pada minggu lalu telah melihat semula formula harga minyak negara itu, dan apabila harga minyak dunia turun semalam, maka hari ini harga minyak mereka turut turun.

Sebalikya, di Malaysia, kata beliau, harga minyak terus meningkat akibat formula penentuan harga minyak di negara ini ditentukan oleh purata harga bagi minggu sebelumnya.

“Jadi mungkin kerajaan Malaysia boleh melihat semula formula yang digunakan oleh Thailand utk menentukan harga minyak ataupun cari semula raja formula yang sebelum ini kata boleh turunkan minyak,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam, Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan harga diesel di Semenanjung naik 70 sen manakala petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 40 sen di seluruh negara mulai hari ini.

Menurut kenyataan MoF, harga RON97 ditetapkan pada RM5.35 seliter berbanding RM4.95 seliter setakat semalam, manakala harga RON95 ditetapkan pada RM4.27 seliter, naik daripada RM3.87 seliter. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast