Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki yang cukup sifat dalam keadaan berbalut dan masih bernyawa ditemui di atas sofa di luar sebuah rumah di kawasan Rantau Panjang, Klang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkta, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi malang itu daripada seorang lelaki tempatan pada jam 11 pagi.

“Bertindak atas maklumat itu, pasukan penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara ke lokasi kejadian dan menemui bayi itu dalam keadaan masih hidup, cukup sifat dan tidak mempunyai sebarang kecederaan luaran.

“Bayi itu kini telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut di wad Unit Rawatan Rapi Bayi (SCN),” katanya dalam kenyatan hari ini.

Tambah beliau, pihakny sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti idendtiti bayi itu serta mengesan pihak yang terlibat.

“Berikutan itu, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Kesekssaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Klang Utara di talian 03-32912222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Khairolazuan Mohd Supian di talian 011-16937331,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast