Putrajaya dipilih sebagai lokasi perintis pelaksanaan program sukan kos rendah bagi menangani isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak menerusi kelas sepak takraw dan lompat tali yang akan dijalankan sepanjang tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata inisiatif itu menjadi langkah awal membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak bandar tanpa memerlukan perbelanjaan besar.















