Foto FB Penang FC.

KUALA LUMPUR – Bek kiri Penang FC, Adib Ra’op tampil memohon maaf secara terbuka selepas insiden kad merah yang diterimanya ketika aksi menentang Imigresen FC dalam saingan Liga Super Malaysia, Sabtu lalu.

“Saya dengan penuh rasa kesal ingin memohon maaf kepada rakan sepasukan, barisan kejurulatihan, pihak pengurusan dan terutama sekali kepada semua penyokong setia Penang FC berhubung insiden kad merah serta tindakan saya dalam perlawanan Liga Super menentang Imigresen FC baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Syed Putra itu, Penang yang turun sebagai pelawat terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi minggu ke-22 musim ini.

Namun, keputusan berkenaan hadir dengan harga yang mahal apabila skuad Harimau Kumbang menamatkan perlawanan dengan hanya sembilan pemain selepas dua tonggak utama selain Adib, Stefano Brundo dilayangkan kad merah.

Menurut Adib, kejadian itu akan dijadikan pengajaran besar dalam kariernya dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast