TANGKAP layar video tular di media sosial berkenaan perbuatan sumbang yang didakwa berlaku di Taman Tasik Seremban.

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) masih menyiasat kesahihan kejadian perlakuan sumbang yang didakwa berlaku di Taman Tasik Seremban.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Baharuddin berkata, jabatan yang mempunyai bidang kuasa berkaitan kes itu sudah diarahkan untuk menyiasat seterusnya mengambil tindakan susulan.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai tidak melakukan perlakuan sumbang di Taman Tasik Seremban kerana ia menyalahi norma masyarakat dan pegangan agama.

Ujarnya, masyarakat juga dinasihatkan menggunakan kemudahan awam dengan baik dan dilarang melakukan perlakuan sumbang.

“Jika terdapat sebarang aduan/pertanyaan/cadangan boleh kemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) melalui pautan ini: mbseremban.spab.gov.my atau muat turun secara percuma di Aplikasi Respon Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial rakaman kejadian orang awam berhubung perlakuan sumbang dua lelaki yang didakwa berlaku pada waktu malam di Taman Tasik Seremban. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast