Polis sedang mengesan Nur Hairina Mohd Rozanna yang berusia 19 tahun dilaporkan hilang sejak Khamis lalu

MUAR – Polis sedang mengesan seorang gadis yang keluar rumah dan tidak pulang semula selepas berselisih faham dengan keluarganya sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kehilangan Irene Nur Hairina Mohd Rozanna yang berusia 19 tahun dilaporkan di Balai Polis Parit Jawa, Jumaat lalu.

“Alamat remaja tersebut di TL 69 Kampung Sungai Gersik, 83610 Semerah. Kali terakhir dia dilihat sekitar pukul 6.40 petang menunggang motosikal Yamaha Avantis berwarna biru gelap.

“Selepas itu mangsa gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah. Siasatan awal mendapati remaja itu dipercayai keluar kerana perselisihan faham dengan ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis dan ahli keluarganya sudah melakukan usaha mencari di sekitar kampung serta bandar Muar namun mangsa masih belum ditemui.

Raiz Mukhliz memberitahu, remaja itu berketinggian kira-kira 170 sentimeter, berat sekitar 90 kilogram, berkulit kuning langsat dan bermata bulat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Parit Jawa 06-9874122 atau Hotline IPD Muar 06-9564800 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

Polis sedang mengesan Nur Hairina Mohd Rozanna yang berusia 19 tahun dilaporkan hilang sejak Khamis lalu

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast