Tangkap layar video tular yang memaparkan sebuah bas menghalang laluan ambulans di kawasan Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Polis sedang mengesan sebuah bas yang menghalang laluan ambulans di kawasan Jalan Johor Bahru-Mersing di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian tersebut yang tular berlaku dari Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) menghala ke bandar Kota Tinggi.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi terkesan satu video yang dimuat naik dalam media sosial pada pukul 12.30 tengah hari.

“Dalam video itu memaparkan sebuah bas menghalang laluan ambulans yang sedang menjalankan tugas kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan bawah Kaedah Rule 9(2) LN 166/59.

Pihaknya meminta orang ramai mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penguat Kuasa Trafik Inspektor Amirul Mustakim 0174793329 bagi mengesan pemandu terbabit.

Jelas Yusof, kesalahan Rule 9(2) LN 166/59 adalah tidak memberi laluan kepada kenderaan ambulans, bomba, polis dan kastam.

“Pemandu yang menghalang kenderaan kecemasan boleh didenda sehingga RM300,” tambahnya.- MalaysiaGazette

Tangkap layar video tular yang memaparkan sebuah bas menghalang laluan ambulans di kawasan Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast