Gambar hiasan

KUCHING – Polis mengesahkan seorang lelaki warga tempatan kerugian RM415,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan melibatkan tawaran pengeluaran permit haji dan perniagaan hotel di Makkah.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa berusia 62 tahun berkenalan dengan seorang suspek lelaki pada 30 Okt 2024 di sebuah restoran di kawasan Clock Tower, Makkah.

“Suspek menawarkan bantuan mendapatkan permit haji selain peluang menyertai perniagaan hotel bagi penginapan jemaah semasa musim haji dan umrah di Makkah.

“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa telah melakukan enam transaksi pembayaran secara dalam talian ke dua akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pembayaran pertama dibuat pada 10 Nov 2024 ketika mangsa berada di kediamannya di Kuching.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM415,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast