Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berucap sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-80 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 2 MEI 2026

KUALA LUMPUR – UMNO merekodkan 13,954 keahlian baharu menerusi sistem pendaftaran dalam talian sejak dibuka pada 22 April lalu, sekali gus mencerminkan anjakan signifikan parti dalam menarik penyertaan khususnya golongan muda.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sambutan luar biasa itu dilihat sebagai game changer selepas parti mempermudahkan proses permohonan keahlian.

Menurut beliau, setakat  8 pagi, sayap Pemuda mencatatkan jumlah tertinggi dengan 8,233 ahli, diikuti Puteri (1,290) dan Wanita (1,240).

“Seawal 8.30 pagi, kita dapat lihat mereka sudah beratur beramai-ramai. Trend peningkatan ini menunjukkan perkembangan positif yang berlaku hampir setiap hari,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut memaklumkan Johor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi mengikut negeri diikuti Pahang dan Perak.

Tambah beliau, langkah mempermudahkan keahlian itu selaras dengan hasrat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membuka ruang lebih luas kepada anak muda untuk menyertai parti tanpa proses rumit.

“Melalui kuasa Majlis Kerja Tertinggi (MKT), mereka kini boleh diiktiraf sebagai ahli penuh bukan lagi sekadar ahli bersekutu, sekali gus setaraf dengan ahli UMNO lain,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast