KUALA LUMPUR – Tiada sebarang unsur keganasan fizikal dalam video tular pertengakaran pasangan suami isteri di kawasan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Prima Saujana 2/1A, Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 3.28 petang semalam.
“Hasil siasatan mendapati, kedua-dua pihak hanya terlibat pertengkaran secara lisan dan tiada sebarang perlakuan fızikal berlaku malah insiden itu tidak mengakibatkan kecederaan.
“Pasangan terbabit telah tampil membuat laporan polis dan wanita itu mengesahkan dia tidak dipukul serta menafikan dakwaan bahawa suaminya mencederakannya.
“Kejadian berkenaan disahkan sebagai pertengkaran mulut semata-semata dan tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya dalam hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kegusaran awam.
Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat sepasang suami isteri yang menaiki motosikal dilihat bertengkar antara satu sama lain di kawasan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kajang. – MalaysiaGazette
















