Tabung Haji.

MAKKAH – Penerbangan KT051 (MH8110) yang membawa 278 jemaah haji Malaysia telah mendarat di lapangan terbang Muscat, Oman pada 4.11 petang waktu tempatan ekoran isu teknikal pesawat.

Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan berkata, semua penumpang selamat dan keluarga tidak perlu risau.

Menurutnya, KT051 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin, 4 Mei 2026, pukul 2.06 petang waktu Malaysia, dan dijadualkan tiba di Jeddah sekitar 5.50 petang pada hari yang sama.

TH memaklumkan pihak AMAL by Malaysia Airlines akan membuat penilaian ke atas pesawat sebelum membuat keputusan selanjutnya tentang penerbangan.

Sekiranya perlu, semua jemaah akan menginap di hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah.

Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, kata TH. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast