Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes bantahan terhadap pelaksanaan solat Jumaat dan azan di Surau Taman Seraya, Ampang dan kini menunggu arahan lanjut pihak pendakwaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, seorang suspek lelaki berusia 46 tahun yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan. Siasatan awal mendapati tindakan suspek dilakukan secara individu dan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kesesakan lalu lintas ketika solat Jumaat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast