Lokasi kejadian.

KOTA TINGGI – Pekerja syarikat konsensi SWCorp maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori di kilometer 10 Jalan Sungai Sayong-Bandar Tenggara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut pukul 6.20 pagi.

“Kemalangan melibatkan lori jenis Hino dipandu seorang lelaki tempatan yang berusia 31 tahun dan motosikal jenis SYM BX110 ditunggang lelaki tempatan berusia 44 tahun.

“Kemalangan tersebut berlaku apabila motosikal mangsa terbabas dan masuk laluan bertentangan sebelum melanggar lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas pemeriksaan oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi.

Sementara  pemandu lori katanya, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Jelas Yusof, ini termasuk hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menyalurkan maklumat ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast