Seorang pelajar sekolah maut selepas motosikal ditunggang kemalangan di Jalan Sialang, Tangkak, hari ini.

TANGKAK – Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan kemalangan di kilometer 7 Jalan Sialang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menerima laporan berkaitan kemalangan tersebut pada pukul 1.13 pagi.

“Kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha Lagenda 110Z yang terbabas sendiri ditunggang seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang bersekolah di Tangkak.

“Akibat kemalangan tersebut menyebabkan kematian penunggang motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Azmil Azwa Amir 019-3058346 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast