Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua bekas pekerja wanita sebuah klinik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita semasa melakukan pengguguran, dua tahun lepas.

Philomena Mathias, 83, dan Rusbur Kaur Partab Singh, 73, didakwa bersama-sama menyebabkan kematian seorang wanita berusia 45 tahun, yang kematian itu disebabkan oleh perbuatan dilakukan dengan niat hendak menyebabkan keguguran.

Kedua-dua wanita warga emas itu, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah klinik di Jalan Changkat Bukit Bintang, pada 5.30 petang, 22 Okt 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 29 Jun ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri manakala kedua-dua wanita itu diwakili peguam George Loh.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast