Gambar hiasan

WASHINGTON – Seorang pegawai Pentagon pada Selasa memaklumkan bahawa peperangan dengan Iran meyebabkan Amerika Syarikat (AS) membelanjakan hampir AS$29 bilion sejak ia bermula pada 28 Feb, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami berpendapat ia menghampiri AS$29 bilion disebabkan oleh kos pembaikan dan penggantian peralatan yang dikemas kini, serta kos operasi am untuk mengekalkan anggota di medan,” kata Jules Jay Hurst, Setiausaha Rendah Pertahanan merangkap Pengawal Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan Pertahanan AS, semasa memberi keterangan di hadapan jawatankuasa kecil Peruntukan Dewan Perwakilan.

Bulan lalu, Hurst menyatakan AS membelanjakan kira-kira AS$25 bilion untuk peperangan menentang Iran. – BERNAMA-ANADOLU

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast