Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan masjid-masjid baharu di Johor oleh Yahya.- Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan masjid-masjid baharu di Johor di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim menerima menghadap Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad yang mempersembahkan laporan tersebut.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor , Datuk Nasri Md Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Mohd Radzi Mohd Amin.

Sesi tersebut turut dimuat naik dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Laporan tersebut memaklumkan berkenaan pembinaan lima masjid baharu melibatkan dua di Johor Bahru serta masing-masing satu di Kluang, Mersing dan Kulai.

“Peruntukan pembinaan adalah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor serta sumbangan orang ramai,” menurut hantaran itu.

Menerusi hantaran berasingan, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk, Mohammed Ridha Abd Kadir di istana sama.

Yang turut hadir, Pengarah Tanah dan Galian negeri Datuk Mohammed Shakib Ali.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast