Aktivis Melayu, Syed Hassan Syed Ali pada sidang media khas NGO berhubung Himpunan Taat Setia Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di Al Rawsha Restaurant, Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM – Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari perlu berani bertindak tegas terhadap wakil rakyat DAP yang menentang titah Sultan Selangor bukan hanya menentang Israel dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0 sahaja.

Aktivis Melayu, Syed Hassan Syed Ali menegaskan, sewajarnya Amirudin menentang kebiadaban pemimpin DAP dan tali barut Yahudi di negara ini sebelum ke luar negara.

“Kerajaan Selangor perlu ‘tembak’ dan bantai pemimpin-pemimpin yang menentang titah tuanku. Menteri Besar patut keluarkan kenyataan.

“Hebat pergi ke Palestin. Apa dia panggil Sumud. Dengan DAP pengecut. Konon nak berjuang kat sana lawan Yahudi. Ini ‘Yahudi’ kat dalam negara kita ini ramai. Pergi ke sana buat apa?” soalnya pada sidang media di sini hari ini.

Syed Hassan tidak menolak kemungkinan kebiadaban pemimpin terhadap Institusi Diraja susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya pun hairan, makin hari makin biadab, sejak kita dah tak ada Akta ISA ini. Mereka sudah mencabar bukan sahaja kepentingan Melayu bahkan titah tuanku mereka dah mencabar sekarang. Biadab sungguh.

“Mereka menghasut orang ramai supaya titah tuanku boleh diheret ke mahkamah. Tak pernah kita buat sebelum ini. Ini betul-betul biadab betul ini,” katanya.

Beliau juga mencabar DAP untuk mencontohi Singapura dalam mengatasi masalah bekalan daging babi untuk rakyatnya tanpa perlu mewujudkan ladang di negara itu.

“Bidang perumahan tiru Singapura. Bidang macam-macam bidang tiru Singapura. Ambil Singapura punya pakar. Ambil Singapura punya penyiasat.

“DAP sekarang sudah memang berkiblatkan Singapura. Tapi isu ladang babi kenapa tidak mahu pandang ke Singapura? Singapura tak ada ladang babi pun.

“Majoriti penduduk aje penduduk bukan Islam. Makan babi ramai sana tu. Tapi tak pernah ada ladang babi di sana, boleh import. Kenapa kita tak boleh buat import macam itu,” katanya.

Sementara itu, Syed Hassan turut mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor agar tidak cuba ‘membeli’ penganjur Himpunan Mega Daulat Tuanku dengan makanan untuk 1,000 orang, Sabtu ini.

“Terima kasihlah kononnya nak hantar makanan untuk 1,000 orang. Tak payah umpan kami, Kami boleh cari makan sendiri.

“Kamu jangan makan duit-duit tokeh nak bayar kami. Jangan ambil duit-duit tokey beli makanan bagi kat kami. Kami bukan kebulur bukan pengemis, ini maruah kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast