Gambar lokasi kejadian ihsan JBPM Pahang

KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala 11 lagi cedera dalam nahas tiga buah kenderaan di Lebuhraya Kuantan-Segamat awal pagi tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.12 pagi.

Katanya, nahas membabitkan sebuah kereta Proton Saga, Perodua Alza dan Perodua Axia masing-masing dinaiki empat individu.

“Ketika sampai di lokasi, anggota bomba mendapati dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanal lelaki tersepit, manakala seorang lagi penumpang kanak-kanak lelaki turut cedera dalam kereta Proton Saga.

“Seorang wanita turut didapati tersepit di dalam kereta Perodua Axia, manakala tiga lagi termasuk seorang kanak-kanak lelaki cedera di dalam kereta itu.

“Kesemua pemandu dan penumpang dalam kereta Perodua Alza yang turut melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bagaimanapun tidak tersepit, namun mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Zulfadli berkata, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dibantu lima anggota dari BBP Chini membuat operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

Bagaimanapun, katanya, kanak-kanak lelaki yang tersepit itu disahkan telah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast