Sebahagian daripada 17 orang pengawal keselamatan yang ditahan reman di Mahkamah Putrajaya hari ini. foto SPRM

PUTRAJAYA – Seramai 17 pengawal keselamatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjumlah RM3.5 juta.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Siti Nabilah Abd Rashid di Mahkamah Majistret, di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, mereka tiba di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman pada jam 9.15 pagi dengan sebuah bas SPRM.

MACC2
17 orang pengawal keselamatan JPM yang dibawa ke Mahkamah Putrajaya bagi ditahan reman untuk siasatan berhubung penyelewengan dana PRU14. foto SPRM

Sumber SPRM berkata, semua mereka ditahan petang semalam, selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) melibatkan jutaan ringgit.

Mereka yang ditahan berusia antara 31 hingga 51 tahun termasuk seorang pegawai keselamatan Gred KP52 dan 18 pengawal keselamatan masing-masing Gred KP 11. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast