Operasi berjaya dikawal pada pukul 2.47 petang - Foto Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu jengkaut cedera parah selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah dan batu kuari di Kuari Ismail, Simpang Bukit Tembaga, petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.07 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah jengkaut dihempap runtuhan tanah dan batu kuari sehingga menyebabkan pemandunya tersepit di dalam kabin yang mengalami kerosakan teruk serta dipenuhi tanah.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan hidraulik dan peralatan khas bagi membuka ruang akses kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi berjaya dikawal pada pukul 2.47 petang dan tamat sepenuhnya lima minit kemudian. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast