Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu, bercakap kepada media semasa Program Qurban Kasih JBPM Tahun 2026 yang berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.
Menurut beliau, program yang diadakan pada hari terakhir Tasyrik, 13 Zulhijjah itu melibatkan penyembelihan sebanyak 50 ekor lembu dan 3 ekor kambing dengan kerjasama lebih 500 petugas yang terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), ketua-ketua kampung, ahli majlis serta komuniti setempat.















