Datuk Fadil Marsus membuat lawatan mengejut di dua balai bagi memantau pematuhan prosedur kerja.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus membuat lawatan mengejut di Balai Polis Tun H.S. Lee dan Balai Polis Chow Kit, pada petang semalam.

Polis Kuala Lumpur berkata, lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau tahap kesiapsiagaan pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas dan memantau pematuhan terhadap prosedur kerja yang ditetapkan.

Selain itu katanya, lawatan mengejut berkenaan adalah untuk menilai keadaan infrastruktur dan kemudahan balai, di samping meneliti aspek kebajikan warga pasukan.

“Selain itu, ia juga merupakan satu platform untuk mendapatkan maklum balas secara terus daripada anggota di lapangan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang lebih berkesan, profesional dan berintegriti serta mengetahui permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh peringkat bawahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebagai rekod, kedua-dua balai tersebut merupakan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Turut Bersama Fadil dalam lawatan mengejut itu Timbalan Ketua Polis Balai Tun H.S. Lee, Sub. Insp Syed Sulaiman Syed Mohamed.

Juga turut hadir Timbalan Ketua Polis Balai Chow Kit, Sub. Insp Rosman Leman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast