Tiga suspek etnik Rohingya termasuk dua wanita yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki senegara mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam bagi mendapatkan perintah reman pada 1 Jun lalu.

NIBONG TEBAL – Seorang lelaki dan dua wanita etnik Rohingya yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh bersenjatakan parang di Taman Belibis di sini pada 31 Mei lalu akan didakwa atas pertuduhan berbeza di Mahkamah Majistret Jawi di sini esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, pertuduhan terhadap suspek lelaki akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 324 akta sama.

“Manakala dua lagi suspek wanita akan didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki Rohingya ditahan bantu siasatan kes bunuh

Ketiga-tiga individu itu merupakan antara suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki Rohingya berusia 31 tahun yang berlaku di sebuah rumah di Taman Belibis di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami beberapa kecederaan tikaman pada badan, manakala isterinya berusia 26 tahun turut cedera dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya bagi rawatan lanjut.

Kesemua suspek sebelum ini direman selama bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, sebelum pertuduhan dibawa ke mahkamah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast