Foto media sosial Fauziah Nawi.

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi membuktikan usia bukan penghalang buatnya untuk menyambung pengajian peringkat sarjana (master) dalam bidang seni di Universiti Sains Malaysia (USM).

Fauziah, 73, yang memuat naik foto sambil memegang kad pelajar di media sosial miliknya memberitahu keputusannya untuk menyambung pelajaran pasti akan menggembirakan arwah bapanya.

“Perkara yang pastinya menggembirakan arwah bapa, Tuan Haji Nawi Mukri,” kongsinya.

Sementara itu, Fauziah seakan memberi gambaran dirinya menyasarkan untuk menggenggam gelaran Doktor Falsafah (PhD) satu hari nanti.

Fauziah memulakan pengajian sejak awal Januari lalu dan memasang impian untuk terus menyambung ke peringkat doktor falsafah.

Beliau sebelum ini menerima Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) dari Open University Malaysia (OUM) pada tahun 2018 dan diploma bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy pada tahun 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast