Seorang pelancong lelaki warga Jerman maut selepas pengsan ketika melakukan aktiviti snorkeling di perairan Pulau Sakar, Lahad Datu, semalam.
Mangsa Kenneth Ray Crouse, 78 tahun sempat diberikan bantuan pernafasan oleh rakannya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.















