Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia memperbetulkan kesilapan menggunakan media milik kerajaan sebagai sebahagian jentera Pakatan Harapan (PH) sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini.

Sambil mengakui terlepas pandang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak maklum mengenai penggunaan lambang Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkaitan PH di laman Facebook rasminya itu baru-baru ini.

“Pertamanya, secara spefisik soal kenyataan Perdana Menteri selaku Pengerusi PH dengan lambang RTM, saya boleh betulkan. Saya tidak ikuti tetapi kalau itu benar, kita boleh betulkan.

“Kenyataan saya dilaporkan (Facebook) tiadalah salah cuma isunya logo RTM, saya setuju,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi PH menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) sama ada media milik kerajaan boleh digunakan sebagai instrumen untuk tujuan politik kepartian atau sebaliknya.

Sebelum ini, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memandang serius beberapa insiden membabitkan penggunaan aset dan sumber kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam satu kenyataan Jawatankuasa Pemandu Bersih itu  merujuk kepada beberapa kejadian yang didakwa berlaku ntaranya siaran ceramah Umum PH di RTM pada 15 Jun lalu.

Sementara ituk Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Johor ke-16, dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast