MERSING – Alwiyah Talib menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau
selepas menewaskan dua lawannya dengan majoriti 3,078 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Alwiyah yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) mendapat 8,509 undian sementara calon Pakatan Harapan (PH), Saiful Nizam Samat mendapat 2,302.
Sementara calon Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Jati awang mendapat 370 undian dan calon Perikatan Nasional (PN), Hasnul Hakimi Hussin mendapat 5431 undian.
Kemenangan itu mencuri tumpuan selepas Alwiyah, yang sebelum ini memenangi kerusi berkenaan atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat keputusan menyertai UMNO bagi mempertahankan DUN Endau di bawah tiket BN pada pilihan raya kali ini.
Dengan keputusan rasmi tersebut, strategi BN meletakkan semula Alwiyah terbukti berjaya memastikan DUN Endau bawah Parlimen Mersing kekal bawah penguasaan beliau dengan majoriti selesa.- MalaysiaGazette
















