Ramlan mengumumkan keputusan rasmi PRN Johor kae-16 di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri awal pagi tadi.

ISKANDAR PUTERI – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) mendapat 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Pakatan Harapan (PH) pula mendapat lapan kerusi DUN.

Sementara Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) serta calon Bebas tidak mendapat sebarang kerusi.

“Secars keseluruhan sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan. Seramai 1,874,918 atau 68.73 peratus peratus telah mengundi,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail di sini awal pagi ini.

Ramlan berkata, jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa yang sudah mengundi

Secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung pada 11 Julai lalu.

Menurutnya, pengundi-pengundi berdaftar sudah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

Selain itu, PRU Johor ke-16 juga tidak berlaku sebarang perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pilihan raya.

“Dalam melaksanakan urusan pilihan raya, SPR sentiasa mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Untuk keterangan lanjut berkenaan keputusan PRU Dewan Negeri Johor Ke-16, sila layari dashboard.spr.gov.my atau menerusi aplikasi MySPR Semak,” katanya.

Secara keseluruhan, seramai 2.73 juta pengundi layak mengundi pada PRN Johor yang diadakan susulan pembubaran DUN pada 1 Jun lalu.

PRN Johor kali ini menyaksikan saingan melibatkan BN, PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) serta calon Bebas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast