KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan seorang wanita tempatan, Nahura Aruan, 43, bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya.
JIM dalam kenyataan memaklumkan, wanita berkenaan merupakan warganegara Malaysia dengan alamat terakhir di Kampung Menteritip, Semporna, Sabah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Nahura diminta tampil membantu pihak berkuasa.
Menurut JIM, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Ella Fazlina Mat Misiah di Cawangan Siasatan Khas (USK 5), Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya menerusi talian 03-88801211 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan JIM di talian 03-88801555 selepas waktu pejabat.
JIM berharap kerjasama orang ramai dapat membantu usaha mengesan individu berkenaan bagi tujuan melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan. – MalaysiaGazette
















