KUALA LUMPUR – Penang FC mengumumkan kehadiran khidmat penyerang muda, Harimau Malaya, Haqimi Azim Rosli bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2026/2027.
Haqimi Azim menyertai Penang FC secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim FC selama satu musim.
Diapernah beraksi bersama Kuala Lumpur City FC serta Terengganu FC dan turut memiliki pengalaman mewakili skuad kebangsaan Malaysia di pelbagai peringkat umur sehingga ke skuad senior.
“Saya percaya setiap jersi yang dipakai membawa harapan ramai. Kini giliran saya untuk membalas kepercayaan itu dengan kerja keras dan prestasi di atas padang,” katanya pemain berusia 23 tahun itu.
Haqimi Azim menjadi rekrut terbaru Penang FC selepas Fazly Mazlan, Aliff Haiqal Lau, Danial Haqim Draman, Khala’if Naskam, M. Rakesh dan Ad’dha Nazman. – MalaysiaGazette
















