Marco Rubio

KUALA LUMPUR – Sebagai antara pelabur dan rakan dagang utama Malaysia, Amerika Syarikat (AS) berharap dapat memperkukuh lagi hubungan dengan negara ini pada tahun-tahun akan datang.

Setiausaha Negara AS Marco Rubio dalam perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos berkata, AS dan Malaysia mempunyai perkongsian yang kukuh dan berkekalan.

Tambahnya, hubungan baik itu berteraskan jalinan ekonomi yang erat, hubungan antara rakyat kedua-dua negara serta komitmen bersama terhadap kebebasan pelayaran dalam rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

“Bagi pihak Amerika Syarikat, saya menyampaikan ucapan tahniah yang setulus-tulusnya kepada rakyat Malaysia sempena ulang tahun ke-69 kemerdekaan Malaysia.

“Sempena sambutan istimewa ini, saya mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia terus menikmati keamanan dan kemakmuran,” katanya dalam perutusan yang dimuat naik di laman media sosial Kedutaan AS di Kuala Lumpur, hari ini. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here