Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Mayat lelaki tanpa identiti yang ditemukan di dalam parit di Jalan Industri 7, Kampung Baru Sungai Buloh di sini, Sabtu lalu dipercayai mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan oleh orang awam sebelum dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan terdapat unsur jenayah pada badan si mati.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan identitinya juga masih belum dikenal pasti.

“Si mati adalah lelaki berkulit cerah, botak, berketinggian kira-kira 170 sentimeter (sm) dengan berat 50 kilogram (kg),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti si mati serta mengesan suspek terbabit dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu atau mempunyai ahli keluarga yang dilaporkan hilang dan mempunyai ciri-ciri menyerupai si mati diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Reezal Mohammad @ Mohd Zain di talian 013-3479809,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here