KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menegaskan hubungannya dengan penyanyi, Datuk Fazley Yaakon bukan satu gimik tetapi keserasian mereka lahir secara semula jadi.
Vida atau nama asalnya Hasmiza Othman, 54, turut membayangkan sesuatu yang besar akan berlaku melibatkan mereka berdua tidak lama lagi.
“Bukan gimik, yang benar itu. Dalam siaran langsung macam buat mesra tetapi bukan buat-buat ya.
Menjawab kritikan segelintir pihak yang kurang senang dengan kemesraan mereka, Vida menyifatkan gandingan mereka disebabkan aura positif dan bukannya paksaan untuk tular.
“Apa yang nak geli? Saya berniaga, apa yang berlaku saya berniaga tetapi selebihnya datang secara semula jadi daripada hati.
“Bukan kata saya buat macam-macam untuk menarik perhatian orang untuk tengok. Orang tengok sebab apa? Saya rasa kejujuran dan keikhlasan yang lahir daripada saya dan Fazley,” ujarnya.
Sebelum ini, Fazley, 48, dan Vida didakwa sedang bercinta susulan tular beberapa video memaparkan keakraban mereka selepas menyertai TTMM2.
Fazley bahkan mendedahkan, nekad meluahkan perasaan sayang kepada Vida pada hari bersejarah dalam kalendar Islam baru-baru ini.
Untuk rekod, Fazley dan Azrene Soraya Abdul Aziz pernah mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 17, Ahmad Fieradz Shah, 16, Ahmad Fierudz Shah, 15, serta Alayna Selma kini berusia 9 tahun.
Pasangan itu sah bercerai pada Oktober 2024 selepas penyanyi tersebut memfailkan perceraian beberapa bulan sebelumnya.
Vida, 54, atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman pula pernah berkahwin dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata namun anak pertama dan kedua meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di rumah Ipoh, Perak pada tanggal 3 Ogos 2013. – MalaysiaGazette

















Cuba ubah cara penampilan..mungkin netizen boleh terima dan tidak lah terlalu geli..