KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menerima kejutan apabila ditujukkan jalan keluar awal pusingan pertama Terbuka Indonesia selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun di Gimnasium Metropolitan Tokyo, hari ini.
Pasangan ranking kelima dunia itu tewas 21-9, 17-21, 17-21 kepada pasangan ranking ke-12 dunia dalam pertarungan selama 49 minit.
Ia merupakan aksi pertama mereka selepas berehat hampir sebulan akibat kecederaan belakang dialami Pearly.
Pearly-Thinaah yang sebelum ini memiliki rekod bersih 3-0 ke atas lawan itu bermula cemerlang apabila mudah memenangi set pertama namun gagal hilang rentak selepas pasangan Taiwan itu bangkit menguasai dua set berikutnya untuk melakar kemenangan.
Sementara itu, cabaran perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching turut berakhir selepas tewas kepada bekas juara dunia dari India, Pusarla V Sindhu.
















