Seorang ahli perniagaan berstatus muflis, Sofia Rini Buyong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memfitnah ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menerusi satu rakaman video, April lalu.
Wanita berusia 50 tahun itu didakwa menfitnah bekas setiausaha politik Perdana Menteri menerusi rakaman video pukul 6.30 petang, 26 April lalu di sekitar ibu negara dengan mempercayai tohmahan itu boleh merosakkan nama baik mangsa.















