Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tindakan Bersatu meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah mengugurkan keahliannya dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, Bersatu telah meletakkan calonnya sekurang-kurangnya lapan kerusi.

“Mengikut konvensyen, dengan demikian tergugurlah keahlian Bersatu dalam PN. Namun begitu hal ini perlu di teliti dari sudut perlembagaan parti terlebih dahulu.

“Namun buat masa ini,tumpuan adalah untuk menyelesaikan urusan PRN terlebih dahulu. Mungkin akan hanya di bincang selepas pilihan raya,” katanya dalam kenyataan di media sosil.

Menurut Annuar, penyertaan Bersatu adalah sesuatu yang cuba memberi untung kepada DAP dan Pakatan Harapan.

Sebelum itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada membayangkan pihaknya akan mewujudkan satu gabungan politik baharu bagi pihaknya menggantikan PN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast