Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menjelaskan Pay Day Now merupakan inisiatif komersial yang dibangunkan sepenuhnya oleh pihak swasta menerusi kerjasama antara Ramsol Group dan AmBank.

Inisiatif itu bukannya dasar, inisiatif atau program Kerajaan Malaysia mahupun kementerian itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kuskop memaklumkan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, pada majlis pelancaran perkhidmatan itu semalam adalah atas jemputan sebagai saksi kepada pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara Ramsol Group dan AmBank.

“Perkhidmatan Pay Day Now ditawarkan secara sukarela dan hanya melibatkan majikan yang memilih untuk menyertainya serta pekerja yang layak, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan.

“Kemudahan ini bukan merupakan satu kemudahan yang diwajibkan dan tidak melibatkan semua majikan atau pekerja di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Kuskop berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan, kelayakan, syarat penyertaan atau ciri-ciri perkhidmatan Pay Day Now boleh menghubungi Ramsol Group atau AmBank. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast