Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 31 tahun meninggal dunia semasa menjalankan aktiviti menyelam di kawasan perairan Kampung Salang, Pulau Tioman, Pahang pada 19 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, Balai Polis Pulau Tioman menerima maklumat dari Klinik Kampung Tekek berhubung kejadian itu kira-kira 12.24 pagi, hari yang sama.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang berbangsa Cina tempatan itu menyertai aktiviti Aware Coral bermula 17-18 Julai 2026 anjuran Tioman Dive Buddy Center di Kampung Genting bersama rakannya.

Keesokan harinya, mangsa bersama kumpulan seramai sembilan orang peserta, seorang instructor dan seorang dive master melakukan aktiviti fundive di Seafan, Batu Malang, Pulau Tulai.

Sebelum aktiviti dijalankan, mangsa dan kumpulannya telah diberikan taklimat  berkaitan keselamatan serta penggunaan peralatan yang berkaitan walaupun mangsa dan kumpulannya mempunyai lesen menyelam.

Bagaimanapun, pada kedalaman 17.6 meter mangsa dipercayai hilang dari kumpulannya dan usaha mencari telah dibuat oleh instructor di kawasan selaman.

Pencarian hampir 30  minit telah menjumpai mangsa terdampar di dasar berpasir tidak jauh dari kawasan selaman.

Setelah mangsa dibawa ke bot dan bantuan pernafasan telah dibuat tetapi tiada tindak balas.

Mangsa terus dibawa ke Klinik Tekek mendapatkan rawatan lanjut dan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik kampung tekek.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk bedah siasat.

Hasil pemeriksaan dan bedah siasat mendapati punca kematian adalah arterial gas embolism (age) gelembung gas atau udara memasuki saluran darah arteri.

Setakat ini, siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah yang berkaitan dengan kejadian tersebut dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Polis menasihatkan orang ramai yang terlibat dalam aktiviti rekreasi air, selaman, sukan ekstrem atau aktiviti luar agar sentiasa mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan, menggunakan peralatan yang sesuai serta mendapatkan khidmat pengendali yang bertauliah bagi mengelakkan kejadian yang tidak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast