Lima lelaki termasuk dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan bergaduh di sebuah restoran

JOHOR BAHRU – Lima lelaki termasuk dua remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bergaduh di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam, Isnin lalu.

Tertuduh, Abdullah Tenis Munisamy, 38; Keevaan Jay Arkesh Rajendran, 28; Muhammad Nafiz, 19, dan dua lagi remaja berusia 15 dan 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurzihan Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama-sama bergaduh di sebuah restoran di Taman Daya di sini pukul 5.40 pagi, pada 20 Julai lalu.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama.

Dua daripada kumpulan lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini kerana bergaduh di sebuah restoran adalah remaja

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Eizlan Azhar manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret menjatuhkan hukuman denda RM700 terhadap tiga tertuduh sekiranya gagal bayar tujuh hari penjara.

Mahkamah juga menetapkan 1 September ini bagi serahan laporan akhlak pesalah muda berusia 15 dan 17 tahun.

Isnin lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad mengesahkan 12 lelaki berusia 15 hingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan ketika menonton perlawanan akhir Piala Dunia membabitkan pasukan Sepanyol dan Argentina, di Taman Daya.

Semua tertuduh yang didakwa di sebuah restoran mengaku bersalah atas tuduhan bergaduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini

Sebelum itu, tular video berdurasi 37 saat dalam media sosial memaparkan pergaduhan dan tindakan agresif membaling kerusi membabitkan beberapa pelanggan di restoran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast