Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan manifesto BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan dilancarkan pada malam esok. Beliau menafikan dakwaan manifesto itu menciplak manifesto BN Sabah, sebaliknya menjelaskan ia merupakan kesinambungan agenda pembangunan yang tertangguh selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.
Mengulas mengenai calon “poster boy”, beliau berkata fokus ketika ini adalah memastikan jentera parti menjalankan kempen sebaik mungkin, manakala keputusan mengenainya akan ditentukan oleh kepimpinan parti selepas pilihan raya.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9















