BN mendakwa mempunyai kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu krisis takhta Negeri Sembilan jika kembali diberi mandat mentadbir negeri pada PRN kali ini. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kaedah itu hanya akan didedahkan selepas rakyat memberikan mandat kepada BN.















