Fahmi menyantuni masyarakat pada program wayang pacak di Taman Saujana Rompin, Bahau, Negeri Sembilan malam ini.

JEMPOL – Pakatan Harapan (PH), menolak dakwaan Khairy Jamaluddin bahawa gabungan itu gagal meraih sokongan pengundi Melayu di Johor sambil menyifatkan kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO itu sebagai pandangan politik yang tidak mencerminkan realiti di Negeri Sembilan.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil sebaliknya berkata, Negeri Sembilan mempunyai landskap politik berbeza kerana rakyatnya mampu menilai sendiri rekod pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Situasi di Negeri Sembilan jauh berbeza dan saya percaya rakyatnya bijak, faham dan fasih tentang kejayaan serta keupayaan pentadbiran Menteri Besar.

“Datuk Seri Aminuddin Harun telah berkhidmat dengan cukup cemerlang menjaga orang Melayu, orang Cina, orang India, Orang Asal dan rakyat Negeri Sembilan dengan sangat baik.

“Saya rasa itu hanya sekadar pandangan politik Khairy Jamaluddin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program wayang pacak di Taman Saujana Rompin, Bahau di sini malam ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khairy atau lebih dikenali KJ yang mendakwa calon-calon PH pada PRN Johor memperoleh kurang 10 peratus undi Melayu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast