KUALA LUMPUR – Indeks harga seunit pasir mencatatkan peningkatan pada Julai 2026, iaitu antara 0.1 peratus sehingga 14.9 peratus berbanding bulan lepas.

Peningkatan tertinggi bagi bahan ini telah direkodkan di Terengganu & Kelantan (14.9%), diikuti dengan Kota Kinabalu (4.1%) dan Pulau Pinang, Kedah & Perlis (2.8%).

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, indeks harga seunit besi mencatatkan peningkatan kecil pada Julai 2026, dengan perubahan bulan ke bulan antara 0.6 peratus hingga 0.9 peratus di beberapa kawasan.

Peningkatan ini direkodkan di Perak (0.9%), diikuti oleh Tawau (0.7%) dan Sandakan (0.6%), manakala indeks harga seunit besi kekal tidak berubah di kebanyakan kawasan lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Indeks harga seunit simen juga mencatatkan peningkatan kecil pada Julai 2026, dengan perubahan bulan ke bulan antara 0.2 peratus hingga 0.8 peratus di beberapa kawasan di Perak (0.8%), diikuti oleh Selangor, Kuala Lumpur, Melaka & Negeri Sembilan (0.3%) dan Pulau Pinang, Kedah & Perlis (0.2%).

Sementara itu, indeks harga seunit simen kekal tidak berubah di kebanyakan kawasan lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Perbandingan tahunan untuk tempoh Julai 2025 dan Julai 2026 menunjukkan indeks harga seunit besi telah merekodkan peningkatan antara 0.5 peratus hingga 8.4 peratus bagi kebanyakan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan kenaikan tertinggi di Perak (8.4%), diikuti dengan Johor (6.3%) dan Pahang (4.8%).

Perbandingan tahun ke tahun bagi indeks harga seunit simen telah mencatatkan peningkatan antara 0.9 peratus hingga 7.5 peratus pada Julai 2026 berbanding bulan yang sama tahun lalu, bagi seluruh kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Peningkatan tertinggi dicatatkan di Perak (7.5%), diikuti dengan Kuching dan Miri (masing-masing 7.2%).

Purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars mencatatkan penurunan kecil (-0.2%), dengan purata harga RM3,499.50 bagi setiap tan metrik berbanding bulan sebelumnya (Jun 2026: RM3,507.10 per tan metrik).

Menurutnya, purata harga bagi simen Ordinary Portland kekal tidak berubah dengan purata harga RM25.70 per 50 kg sekarung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast