Lima pendatang tanpa izin dan seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai tekong darat ditahan dalam Ops Taring Wawasan Kelantan di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan hari ini.
Kesemua suspek diberkas pada 6.10 pagi tadi oleh pasukan Task Force Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan, Pahang dengan dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah.















