Pembahas Selangor, Ahmad Danish Hairudin menyampaikan pembentangan usul pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Melaka International Trade Center (MITC), Ayer Keroh. Foto MOHD ADZLAN, 15 OGOS 2026.

AYER KEROH – Kerajaan disaran melihat semula pelaksanaan e-Invois khususnya membabitkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan dasar berkenaan.

Wakil pembahas PKR Selangor, Danish Hairudin berkata, kerajaan perlu memastikan pelaksanaan e-Invois tidak menjadi beban kepada rakyat dan golongan usahawan yang masih mempunyai kemampuan terhad untuk menyesuaikan diri dengan sistem berkenaan.

Menurutnya, matlamat pelaksanaan e-Invois untuk meningkatkan kecekapan serta pematuhan adalah sesuatu yang difahami, namun dasar yang baik boleh bertukar menjadi beban sekiranya pelaksanaannya tidak mengambil kira kemampuan rakyat.

“Kita faham matlamat e-Invois. Kita mahu meningkatkan kecekapan dan pematuhan yang lebih baik tetapi, dasar yang baik jika pelaksanaannya tidak mengambil kira kemampuan rakyat boleh bertukar menjadi beban,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026, di MITC di sini hari ini.

Sehubungan itu, Danish mencadangkan kerajaan mengambil pendekatan lebih fleksibel dengan menilai semula pelaksanaan e-Invois berdasarkan kemampuan dan keadaan semasa PKS.

“Kalau boleh dipermudahkan, permudahkan, Kalau perlu ditangguhkan, tangguhkan, Kalau perlu batal, batalkan,” katanya.

Sementara itu, Danish meminta menteri dan timbalan menteri meneliti semula dan mencari titik temu kegelisahan ribuan pemandu lori.

Katanya, beribu pemandu lori mengeluh kerana terkesan dengan pelaksanaan dasar pengangkutan yang terkait dengan lebihan muatan.

“Ramai anggota kita (PKR) juga pemandu lori. Melayu, Cina, India terkesan dengan pelaksanaan dasar pengangkutan yang berkaitan dengan lebih muatan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here