KUALA LUMPUR – Kadar inflasi Malaysia meningkat pada bulan Julai 2026 meningkat kepada 1.8 peratus pada Julai 2026 berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya, dengan mata indeks meningkat kepada 137.1 daripada 134.7 (Julai 2025) didorong oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 1.4 peratus berbanding 2.8 peratus pada Jun 2026.

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmatan menyederhana 2.9 peratus pada Julai 2026 berbanding 3.4 peratus pada Jun 2026.

Ini diikuti oleh peningkatan perlahan minuman alkohol & tembakau, 2.7 peratus (Jun 2026: 2.8%); restoran & perkhidmatan penginapan, 2.0 peratus (Jun 2026: 2.6%) dan pendidikan, 2.0 peratus (Jun 2026: 2.1%).

Kedua-dua kumpulan insurans & perkhidmatan kewangan dan kesihatan masing-masing meningkat lebih rendah kepada 1.1 peratus pada Julai 2026 berbanding 5.7 peratus dan 1.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Di samping itu, kumpulan hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah meningkat secara marginal, 0.3 peratus (Jun 2026: 0.4%).

Kumpulan maklumat & komunikasi meningkat kepada 3.4 peratus pada Julai 2026 berbanding 2.4 peratus pada Jun 2026 manakala makanan & minuman dan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain masing-masing meningkat lebih tinggi pada Julai 2026 kepada 1.8 peratus berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Selain itu, kumpulan rekreasi, sukan & kebudayaan dan pakaian & kasut masing-masing meningkat kepada 1.2 peratus (Jun 2026: 1.1%) dan 0.1 peratus (Jun 2026: 0.0%).

Sebanyak 65.3 peratus item (374 daripada 573) merekodkan kenaikan harga namun daripada jumlah tersebut, 367 item (98.1%) mencatatkan peningkatan kurang atau sama dengan 10 peratus, manakala hanya 7 item merekodkan kenaikan melebihi 10 peratus pada Julai 2026.

Baki sebanyak 157 item (27.4%) menunjukkan penurunan dan 42 item kekal tidak berubah.

Kumpulan makanan & minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP meningkat 1.8 peratus pada Julai 2026 berbanding 1.4 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya didorong oleh kedua-dua subkumpulan makanan di luar rumah dan di rumah.

Subkumpulan makanan di luar rumah meningkat kepada 2.5 peratus berbanding 2.4 peratus pada Jun 2026, manakala, subkumpulan makanan di rumah mencatatkan peningkatan sebanyak 1.2 peratus pada Julai 2026 (Jun 2026: 0.5%).

Kelas perbelanjaan daging meningkat kepada 3.2 peratus pada Julai 2026 berbanding 1.5 peratus pada Jun 2026.

Daging ayam segar yang merupakan komponen terbesar merangkumi 32.6 peratus dalam kelas perbelanjaan daging meningkat kepada 6.7 peratus berbanding 1.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Purata harga ayam standard Malaysia pada Julai 2026 adalah RM10.88 sekilogram berbanding RM10.25 sekilogram pada bulan Julai 2025 (Jun 2026: RM10.77).

Manakala, purata harga ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia adalah pada RM10.17 sekilogram berbanding RM9.43 sekilogram pada Julai 2025 (Jun 2026: RM10.03).

Selain itu, kenaikan kelas perbelanjaan ini turut disumbangkan oleh inflasi bahagian ayam dan daging kambing tempatan yang masing-masing meningkat kepada 2.6 peratus (Jun 2026: 1.9%) dan 1.3 peratus (Jun 2026: 1.1%).

Kelas perbelanjaan sayur-sayuran meningkat kepada 1.0 peratus pada Julai 2026 berbanding negatif 1.8 peratus pada Jun 2026.

Antara Sayur-sayuran yang mencatatkan peningkatan tahun ke tahun pada Julai 2026 adalah tomato, 19.6 peratus (Jun 2026: 12.0%); kailan, 10.4 peratus (Jun 2026: 1.0%); salad, 9.5 peratus (Jun 2026: 3.9%); petola, 8.8 peratus (Jun 2026: 5.5%) dan kubis panjang, 8.3 peratus (Jun 2026: 8.2%).

Subkumpulan Makanan di luar rumah meningkat 2.5 peratus pada Julai 2026 berbanding 2.4 peratus pada bulan sebelumnya dan antara item yang merekodkan peningkatan lebih tinggi pada Julai 2026 adalah kuih-muih, 3.7 peratus (Jun 2026: 3.2%); masakan berasaskan mi, 3.5 peratus (Jun 2026: 3.3%); Sate, 3.3 peratus (Jun 2026: 2.2%); roti canai, 2.8 peratus (Jun 2026: 2.7%) dan nasi ayam, 2.7 peratus (Jun 2026: 2.0%).

Kumpulan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain meningkat 1.8 peratus pada Julai 2026 berbanding 1.4 peratus pada Jun 2026 dipacu oleh peningkatan bagi subkumpulan bekalan air & pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan rumah kediaman dan elektrik, gas & bahan api yang masing-masing meningkat kepada 7.3 peratus (Jun 2026: 6.8%) dan 2.0 peratus (Jun 2026: -2.3%).

Subkumpulan penyelenggaraan, pembaikan & keselamatan rumah kediaman meningkat perlahan pada 2.5 peratus (Jun 2026: 2.6 peratus), manakala inflasi subkumpulan sewa sebenar untuk kediaman kekal pada kadar yang sama berbanding bulan sebelumnya iaitu 1.4 peratus.

Tujuh negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional, 1.8 peratus iaitu Negeri Sembilan (2.5%), Kedah (2.3%), Pahang (2.3%), Kuala Lumpur (2.2%), Johor (2.1%), Labuan (2.0%) dan Sabah (1.9%).

Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan & minuman kecuali Kelantan dan Labuan, yang tidak merekodkan sebarang peningkatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here