Wakil Pengurusan AFA Prime, Abdul Razak Abd Rahman menerima sijil pengiktirafan Zon Halal daripada Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman sempena Majlis Pelancaran Zon Halal R&R Gambang arah barat di sini hari ini.

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mensasarkan semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di negeri ini menerima penarafan Zon Halal tidak lama lagi.

Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi memastikan ekosistem Zon Halal itu dilengkapkan selewat-lewatnya tahun hadapan.

“Sebelum ini pihak JAIP telah pun melancarkan inisiatif yang sama di R&R Temerloh dan R&R Genting untuk melengkapkan ekosistem ini.

“Hasrat JAIP agar semua premis di R&R mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan AFA Prime juga difahamkan telah menetapkan syarat semua pengusaha untuk mempunyai SPHM.

“Ia akan dapat memberi keyakinan kepada pengguna-pengguna dari segi kebersihan, sumber makanan, halal dan selamat,” katanya.

Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman ketika lawatan tapak di R&R Gambang dan Simbolik Tampalan Pelekat di sebuah premis perniagaan di sini

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Zon Halal R&R Gambang arah barat di sini hari ini yang turut dihadiri wakil pengurusan AFA Prime, Abdul RAzak Abd Rahman.

Dalam majlis itu, seramai 50 pengusaha premis di R&R Gambang itu menerima SPHM.

Ahmad Khirrizal dalam masa sama turut memaklumkan sebanyak 595 premis di seluruh negeri ini telah memperoleh SPHM sehingga hari ini membabitkan premis makanan, pengusaha produk dan kilang pembuatan.

“Ia meliputi semua kategori premis antaranya berkaitan makanan, produk, OEM (pengilangan) dan rumah sembelihan.

“Kita ada kerjasama dengan pihak bank, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Pertanian juga dalam usaha membantu memberi kesedaran kepada premis memohon SPHM agar memberi keyakinan kepada pengguna-pengguna dari segi kebersihan, sumber makanan, halal dan selamat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here