Pihak imigresen melakukan serbuan di premis do Pengerang , Kota Tinggi kelmarin kerana menggajikan pekerja warga asing yang melakukan beberapa kesalahan.

KOTA TINGGI – Seramai 78 warganegara asing dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor selepas menggempur 28 premis sekitar Pengerang dekat sini, kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi yang dijalankan bersama-sama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) itu dilakukan pada pukul 11 pagi dan berakhir 4 petang.

“Kita menahan 71 lelaki dan tujuh wanita warga asing berusia 20 hingga 50 tahun. Mereka yang ditahan terdiri daripada 30 lelaki Indonesia, 24 lelaki Pakistan, 10 lelaki Bangladesh, enam lelaki Myanmar dan seorang lelaki India.

Penguat kuasa melakukan pemeriksaan di sebuah premis kerana menggajikan pekerja warga asing.

“Sementara itu, tangkapan wanita melibatkan enam dari Indonesia dan seorang Myanmar. Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, kata Mohd Rusdi, lapan keping Borang 29 iaitu saman kepada saksi dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.

Menurutnya, operasi itu bertujuan mengenal pasti premis-premis yang menggajikan dan menempatkan warga asing tanpa mengikut syarat imigresen.

Terdapat premis menggaji atau dikendalikan warga asing yang menyalahi undang-undang.

Jelasnya, premis-premis yang dipercayai menggaji atau dikendalikan warga asing yang menyalahi undang-undang diperiksa secara menyeluruh.

“Terdapat individu yang didapati melakukan kesalahan seperti menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” ulasnya.

Tambahnya, semua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Setia Tropika di Johor Bahru untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here